Sunday, October 27, 2013

A Thousand Thanks






SK SAWAH DATO' - Majlis Perpisahan Miss Hannah Lyn Boeck, English Teaching Assistant 
(ETA 2013) telah dilaksanakan pada 25 Okt 2013 bertempat di Dewan Lama SK Sawah Dato' sejurus sahaja selesai rehat pukul 10.30 pagi. Miss Hannah Boeck (23 thn) berasal dari Portage, Wisconsin, USA merupakan anak pertama daripada 3 orang adik beradik. Beliau memiliki 
B.A English, B.A History daripada Concordia University in Austin, Texas. Cikgu Mohd Saufi Abd Manaf telah  iaitu dilantik sebagai guru mentor untuk membimbing Miss Hannah Lyn Boeck melaksanakan tugasnya sebagai ETA. Program ETA SKSD telah dipantau oleh Cik Hjh Junaidah dari JPN Johor, komen beliau Miss Hannah antara ETA terbaik yang pernah dipantaunya dari segi objektif atau kehendak kementerian daripada program ini. Pihak pentadbiran sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru dan murid-murid yang memberikan kerjasama kepada Miss Hannah Boeck dalam menjayakan program ETA ini.




                                 'ILTIZAM KE ARAH KECEMERLANGAN'


Friday, October 11, 2013

Kejohanan Balapan dan Padang SK Sawah Dato' Kali Ke-19, 2013





SK SAWAH DATO' - Kejohanan Balapan dan Padang SKSD Kali Ke- 19 telah dijalankan selama 3 hari dengan 10/10/2013 (Khamis) merupakan acara kemuncak kejohanan. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Penolong Pegawai Daerah Mersing iaitu En. Jamil Hasni bin Abdullah wakil rasmi YB Abd Latif Bandi. Olahraga pada sesi kali ini telah menobatkan Pasukan Rumah Merah (WIRA) sebagai Johan keseluruhan dengan jumlah pingat (17 Emas, 14 Perak, 8 Gangsa) diikuti Naib Johan Pasukan Rumah Kuning (SATRIA) dengan kutipan pingat (13 Emas, 9 Perak, 12 Gangsa), manakala tempat ke-3 Rumah Biru (JUARA) dan ke-4 Rumah Hijau (PERKASA). Olahragawan dan Olahragawati masing-masing disandang  oleh Ahmad Shahaziq bin Ahmad Shamsul (WIRA) dan Atiqah Atiyah bt Yahaya (SATRIA). Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua guru-guru dan para ibubapa serta tidak dilupakan semua murid-murid SKSD yang telah terlibat dalam menjayakan Kejohananan Olahraga pada kali ini.


'ILTIZAM KE ARAH KECEMERLANGAN'

Tuesday, October 8, 2013

Perkhemahan Tahunan Unit-Unit Beruniform SK Sawah Dato' 2013







SK SAWAH DATO' - Program perkhemahan ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di Padang SK Sawah Dato' pada 25/10 - 27/10/2013. Pihak sekolah telah melantik Cikgu Radhi sebagai Kem Komandan untuk sesi 2013. Antara aktiviti yang berbeza dan mencabar pada sesi perkhemahan kali ini ialah mendaki Gunung Arong, Tanjung Resang, Mersing. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, staff sokongan, para pekerja swasta dan ibubapa murid-murid dalam menjayakan perkhemahan kali ini.



  'ILTIZAM KE ARAH KECEMERLANGAN'

Mahrajan J-QAF Peringkat Daerah Mersing









SK SAWAH DATO' - Mahrajan JQAF Peringkat Daerah Mersing berlangsung di SK Sawah Dato' sebagai tuan rumah. Program ini telah dirasmikan oleh Cik. Ainul Hayati bt Abd. Raof Timbalan PPD Mersing dan di selaraskan oleh PPD Agama En. Abd Ranee bin Osman pada 19/9/2013 (Khamis) bertempat di Dewan Tahun 6. SK Sawah Dato' menghantar Wakil Kalam Jamie dan Dikir Arab. Tahniah kepada peserta dan jurulatih kerana SKSD menjadi Johan Dikir Arab dan Naib Johan Kalam Jamie Mahrajan j-QAF 2013.


'ILTIZAM KE ARAH KECEMERLANGAN'

Thursday, October 3, 2013

Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia


 




SK SAWAH DATO' - Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia Peringkat Sekolah 2013. Antara aktiviti yang di jalankan, nyayian lagu patriotik, hiasan kelas, pertandingan mewarna, kolaj merdeka, quiz kemerdekaan dan pertandingan basikal berhias. Program-program sambutan bulan kemerdekaan telah diselaraskan oleh Cikgu Normizal bt Mat Yasin selaku penyelaras.


'ILTIZAM KE ARAH KECEMERLANGAN'

Tuesday, October 1, 2013

Pertukaran Cikgu Johan dan Ustazah Hayati



SK SAWAH DATO' - Pertukaran dalam daerah, Cikgu Johan Mat Adam ke SK Nitar 01 dan Ustazah Hayati Md. Zin ke SK Sri Mersing. Selamat bertugas di tempat baru.



 'ILTIZAM KE ARAH KECEMERLANGAN'
This Blog is Protected. Copyright © 2013 Reserved to SK Sawah Dato", Mersing Design By Fauzan Al-yildizlillar