Wednesday, July 2, 2014

LAWATAN PPD PENAMPANG, SABAH

SK SAWAH DATO' - Lawatan dari PPD Penampang, Sabah telah diketuai oleh Pn. Winnie Phan dan diiringi oleh Wakil JPN Sabah, En. Idris bin Puteh serta MGB Penampang En. Kasbulah Mangun. Pihak sekolah amat berbesar hati menerima kehadiran lawatan tuan, semoga pihak tuan berpuas hati dengan layanan kami. Segala kekurangan daripada kami harap dapat dimaafkan.



Created with flickr slideshow.

Tuesday, April 29, 2014

MAJLIS PERPISAHAN UTZ. NOR ASMAH BINTI ABDUL RAHMAN


SK SAWAH DATO' - Warga SKSD mengucapkan 'Tahniah' atas kejayaan permohonan pertukaran Ustazah Nor Asmah binti Abdul Rahman ke Kedah iaitu negeri kelahirannya. Ustazah Nor Asmah berpndah ke SK Kg Belukar, Alor Setar berkuatkuasa pada 1 April 2014. Kami semua warga SKSD amat menghargai jasa-jasa sepanjang bertugas di SKSD. Sehubungan dengan itu, kami berharap Ustazah Nor Asmah meneruskan dedikasi pendidik hebat di tempat baru.




" ILTIZAM KE ARAH KECEMERLANGAN"




Saturday, April 26, 2014

PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM 2014


Created with flickr slideshow.

" ILTIZAM KE ARAH KECEMERLANGAN 



PENEMPATAN GURU BARU SIRI 2/2014




SK SAWAH DATO' - Selamat datang diucapkan kepada Cik Nur Murnirah binti Mohd Zaid dan Cik Suhaida binti Suaimi sebagai tenaga guru baru di SKSD. Masing-masing datang dengan Opsyen Pendidikan Khas dan Pemulihan Khas. Semoga dengan kehadiran ini akan memantapkan lagi kelas Pendidikan Khas dan juga kelas Pemulihan Khas.



" ILTIZAM KE ARAH KECEMERLANGAN "

Sunday, April 6, 2014

MAJLIS PERSARAAN PN.KHAMISINAH A.JALAL (N22)



Created with flickr slideshow.


" ILTIZAM KE ARAH KECEMERLANGAN "

Saturday, March 22, 2014

Monday, March 17, 2014

BAHAN GILAP PERMATA 6 DAN HALUS PERMATA 4 2014

Assalamualaikum,

Untuk mendapatkan bahan-bahan tentang Program Gilap Permata 6 dan Halus Permata 4 2014, anda boleh muat turun melalui link dibawah :

Dari masa ke semasa, kami akan mengemaskini dengan memasukkan bahan-bahan modul untuk semua mata pelajaran. Untuk memudahkan anda untuk memuat turun, sila ikut arahan ini,

1) Sila pergi ke tab PAUTAN LAIN, Klik tab itu.
2) Kemudian, Klik tab MUAT TURUN.
3) Bila sudah masuk bahagian MUAT TURUN, sila cari BAHAN GILAP PERMATA 6 2014.
4) Anda boleh memuat turun bahan-bahan yang diletakkan dibawahnya.


Rujuk sini untuk memudahkan anda


" ILTIZAM KE ARAH KECEMERLANGAN "

Saturday, March 15, 2014

Saturday, March 8, 2014

Friday, February 28, 2014

PERTANDINGAN CATUR MSSD MERSING



Pasukan Permainan Catur 2014

SK SAWAH DATO' - Pertandingan Permainan Catur MSSD Mersing telah dilangsungkan di Dewan SMK Mersing pada hari Ahad 16/2/2014. Pihak sekolah telah menghantar 2 pasukan iaitu lelaki dan perempuan bawah 12 tahun seramai 12 orang. Tahniah kepada Amirul Mahathir dan Abu Hamid kerana masing-masing telah memenangi tempat ke-3 dan ke-6 yang membolehkan mereka mendapat pingat serta mewakili sekolah ke peringkat negeri. Tahniah juga diucapkan kepada pasukan lelaki yang menduduki tempat ke-3 acara berpasukan. Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Hashim bin Hassan dan Cikgu Zahiran binti Zakaria kerana telah melatih pasukan ini serta tidak lupa  kepada Cikgu Azrina binti Ahmad sebagai Pengurus Pasukan.



'ILTIZAM KE ARAH KECEMERLANGAN'

Thursday, February 27, 2014

SAMBUTAN MAULIDURASUL SKSD1435H/ 2014





Penceramah Jemputan
Ust. Ali bin Supandi

SK SAWAH DATO' - Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga SKSD yang sama-sama menjayakan sambutan Maulidurasul 1435h/2014. Semoga usaha yang kita lakukan diterima ALLAH S.W.T dan seterusnya memberikan ganjaran kecemerlangan kepada kita semua khususnya anak didik SK Sawah Dato'. Sambutan ini telah diselaraskan oleh Panitia Agama Islam dengan Ust. Ali bin Supandi daripada Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Mersing menjadi Penceramah Jemputan. Selain itu pertandingan nasyid juga dijalankan bagi mengingati Banginda Nabi Muhamad SAW. Alhamdullilah majlis sambutan berjalan lancar, terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat.


'ILTIZAM KE ARAH KECEMERLANGAN'

Wednesday, February 26, 2014

RENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH







Pasukan Rentas Desa MSSD Mersing

SK SAWAH DATO' - Tahniah kepada para peserta yang telah berjaya memenangi kategori masing-masing iaitu Kategori Pra Sekolah, Tahap 1 dan Tahap 2. Pihak sekolah mengucapkan selamat berjaya kepada murid-murid yang terpilih untuk mewakili sekolah ke Peringkat Daerah.


'ILTIZAM KE ARAH KECEMERLANGAN'


WELLCOME TO OUR NEW ETA MISS CARINA MIRCHANDANI


MISS CARINA MIRCHANDANI
(English Teacher Assistant)


SK SAWAH DATO' -  Pihak sekolah berbesar hati menerima kedatangan Miss Carina (ETA) Sesi 2014 bagi menggantikan Miss Hannah. Miss Carina akan meneruskan usaha ETA sebelumnya iaitu menjadi pembantu guru Bahasa Inggeris khasnya dalam Komunikasi Bahasa Inggeris. Miss Carina akan menjalankan beberapa aktiviti sendiri untuk meningkatkan penggunaan bahasa inggeris dalam kalangan murid-murid selain mengajar dalam kelas, antaranya ialah Oral Communication dan English Camp. 

Miss Carina recently graduated from St. John's University with a Bachelor of Science Degree in Elementary Education and received her initial certification as a New York State Elementary School Teacher. She was born in the bustling city of Mumbai, India and moved to the United States when she was just a baby, at the age of one. She was lived in a small town in New York called Carle Place for most of her life. Over the years as she got more attuned to who she wanted to be and what skills she had, her dream evolved into a passion to help children all over the world receive the education they deserve. She is very creative and portrays a certain amount of enthusiastic energy that many teachers lack in the education system today. She has  a pure love for education and longing to teach.



'ILTIZAM KE ARAH KECEMERLAGAN'


   

Tuesday, February 25, 2014

SELAMAT DATANG GURU-GURU BARU


MUHAMAD IRWAN BIN ALIAS
(Guru Pendidikan Khas)

SK SAWAH DATO' - Tahun 2014 SKSD mencatatkan satu perubahan dengan pembukaan Kelas Pendidikan Khas. Sehubungan itu SKSD mengalu-alukan kehadiran En. Muhamad Irwan bin Alias sebagai warga baru SKSD yang datang melapor diri untuk berkhidmat sebagai tenaga pengajar Kelas Pendidikan Khas yang mempunyai tiga orang murid bersama-sama dengan Pn. Wan Marini binti Mohamed. Tidak lupa juga kami mengucapkan selamat datang kepada Pn.Khuzaifah binti Mat Tajudin yang hadir melapor diri sebagai Guru Pra Sekolah. Kami warga pendidik SKSD mengalu-alukan kedatangan anda dan berharap kita semua sama-sama memegang tanggungjawab memajukan anak didik SKSD. Semoga Allah mempermudahkan semua usaha yang kita dilakukan dalam memberi kejayaan kepada murid-murid sekelian.




                                 'ILTIZAM KE ARAH KECEMERLANGAN'

PERPINDAHAN GURU MASUK KE SKSD SESI 2014

 PN. HASLINA BINTI ABD. HAMID
GPK KO-KURIKULUM
 PN. WAN MARINI BINTI MOHAMED
GURU PENDIDIKAN KHAS
PN. NORELINA BINTI MISKON
GURU PENOLONG

SK SAWAH DATO' - Sesi 2014 SKSD diceriakan dengan kedatangan tiga orang guru yang berpindah masuk untuk mengisi kekosongan barisan warga pendidik SKSD. Pihak sekolah mengucapkan selamat datang kepada Pn.Haslina binti Abd Hamid sebagai GPK KO-Kurikulum yang baru, Pn. Wan Marini binti Mohamed guru Pendidikan Khas dan Pn.Norelina binti Miskon Guru Penolong Bahas Melayu. Kami warga pendidik SKSD mengalu-alukan kedatangan anda dan berharap kita semua sama-sama memegang tanggungjawab memajukan anak didik SKSD. Semoga Allah mempermudahkan semua usaha yang kita dilakukan dalam memberi kejayaan kepada murid-murid sekelian.



'ILTIZAM KE ARAH KECEMERLANGAN'


PERTUKARAN GURU-GURU DAN KAKITANGAN SKSD 2013

 PN. NORMIZAL BINTI MAT YASHIM
(Guru Penolong)

 EN. KHAIRUDDIN BIN YAACOB
(GPK KO-Kurikulum)

EN. MOHD RADHI BIN MOHD LUDIN
(Guru Penolong)




PN.SAFARINA BINTI YAHAYA
(Pembantu Tadbir N17)


SK SAWAH DATO' - Penghujung tahun 2013 menyaksikan beberapa perpindahan guru dan kakitangan SKSD dengan sebab permohonan dan sebab-sebab keperluan penjawatan dalam Pendidikan Daerah Mersing. En. Khairuddin bin Yaacob berpindah ke SK Sri Mersing mengisi jawatan GPK KO-Kurikulum, En. Mohd Radhi bin Ludin pindah ke kampung halaman di Gua Musang, Kelantan manakala Pn.Normizal binti Mat Yashim pindah mengikut suaminya ke Teluk Intan, Perak dan yang terakhir Pn.Safarina binti Yahaya Pembantu Tadbir bertukar ke SK Tenggaroh 1. Pihak sekolah mengucapkan tahniah atas pertukaran masing-masing serta mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bertugas di tempat baru. Jasa-jasa anda semua di sini takkan dilupakan dan hanya Allah yang mampu membalasnya.



 'ILTIZAM KE ARAH KECEMERLANGAN'

PENCAPAIAN UPSR 2013



SK SAWAH DATO' - UPSR 2013 mencatatkan sedikit kemerosotan prestasi berbanding tahun sebelumnya. Berikut adalah analisa pencapaian UPSR 2013 mengikut mata pelajaran, Bahasa Melayu Pemahaman (91.67 %), Bahasa Melayu Penulisan (73.96 %), Bahasa Inggeris (76.04 %), Matematik (71.88 %) dan Sains (80.21 %) dengan Peratus lulus dan GPS masing-masing 61.45 % dan 2.55. Tahniah diucapkan kepada calon-calon yang berjaya memperolehi 5A serta tak lupa kepada semua warga pendidik dan kakitangan SK Sawah Dato' dalam usaha ini.



'ILTIZAM KE ARAH KECEMERLANGAN'
This Blog is Protected. Copyright © 2013 Reserved to SK Sawah Dato", Mersing Design By Fauzan Al-yildizlillar