Friday, June 28, 2013

KEM POTENSI DIRI (4 DALAM 1)

Kem Potensi Diri (4 dalam 1) yang ditangguhkan akibat jerebu pada minggu lepas akan dijalankan pada 3 dan  4/7/2013 (Rabu dan Khamis). Jadual akan diberi kemudian. Sekian, harap maklum.



'ILTIZAM KE ARAH KECEMERLANGAN'

KLINIK UPSR 2013

Untuk makluman, Klinik UPSR 2013 pada tahun ini akan bermula pada pada hari ini (28/6/2013). Untuk jadual penuh klinik sila lihat diruangan muat turun




'ILTIZAM KE ARAH KECEMERLANGAN'

Thursday, June 27, 2013

MESYUARAT PROFESIONAL KALI KE-2, 2013





SK SAWAH DATO' - 27 Jun 2013 sekolah telah melaksanakan mesyuarat profesional untuk kali ke-2 bagi sesi 2013. Mesyuarat kali telah membincangkan beberapa agenda penting antaranya seperti perjawatan guru, cuti guru dan kakitangan, fizikal dan keceriaan sekolah, tugas/amanah dan tanggungjawab serta sistem pengurusan fail dan aset mudah alih selain daripada beberapa perkara berbangkit. Semoga muafakat para guru dan kakitangan SK Sawah Dato' membawa keberkatan demi anak-anak didik SKSD.




'ILTIZAM KE ARAH KECEMERLANGAN'

UCAPAN TAHNIAH KEPADA CIKGU NORAINI BT YUSOF


Tahniah diucapkan kepada Cikgu Noraini kerana berjaya dalam permohonan pertukaran guru sesi Jun 2013. Beliau berjaya balik ke negeri kelahirannya, Kelantan. Tarikh melapor diri dan tempat bertugas baru akan disusuli dengan surat rasmi akan datang. Kami semua warga SK Sawah Dato' mengucapkan terima kasih atas segala jasa-jasa yang dicurahkan kepada anak-anak didik SKSD.





 'ILTIZAM KE ARAH KECEMERLANGAN'

LAWATAN PENANDA ARAS JPN KEDAH


SK SAWAH DATO' - Pada 17 Jun 2013 sekolah telah didatangi oleh 39 orang peserta Lawatan Penanda Aras JPN Kedah. Kedatangan mereka kesini untuk melihat suasana dan cara pengurusan sekolah yang terpilih kerana daerah Mersing merupakan daerah yang paling cemerlang untuk pencapaian UPSR 2013. Mereka tiba pada pukul 11.00 pg dan disambut meriah oleh warga SKSD. Antara tempat-tempat yang dilawati oleh mereka ialah bilik mesyuarat, perpustakaan, bilik J-Qaf, bilik KSSR dan kelas tahun 6.








Gambar lain : Sila lihat dalam Sudut Galeri (Tahun 2013)

'ILTIZAM KE ARAH KECEMERLANGAN'

Monday, June 17, 2013

MAKLUMAN : Hari Jalinan Mesra

Assalamualaikum,

SK Sawah Dato' akan mengadakan Hari Jalinan Mesra pada hari Khamis 20/6/2013 jam 10.00 pagi. Semua ibubapa/penjaga dijemput hadir.


'ILTIZAM KEARAH KECEMERLANGAN'

Sunday, June 16, 2013

MAKLUMAN : Lawatan Penanda Aras JPN Kedah

Assalamualaikum,

JPN Kedah akan mengadakan lawatan Penanda Aras ke SK Sawah Dato' pada 17/6/2013 jam 11.00 pagi. Dijangka 40 orang peserta akan berkunjung ke sekolah ini. Tahniah diucapkan kepada SK Sawah Dato' kerana terpilih sebagai tempat yang dilawati oleh JPN Kedah.


'ILTIZAM KEARAH KECEMERLANGAN'
This Blog is Protected. Copyright © 2013 Reserved to SK Sawah Dato", Mersing Design By Fauzan Al-yildizlillar