SEJARAH SEKOLAH




Sekolah ini ditubuhkan pada 19 November 1945. Bangunan asalnya ialah sebuah rumah kediaman yang disewa daripada seorang penduduk kampung yang bernama En. Tahir bin Kudrat,yang merupakan sebuah rumah papan beratap daun nipah.

        Pada tahun 1948 sebuah bangunan telah dibina oleh orang kampung secara bergotong-royong. Bangunan ini berbentuk bangsal yang berdinding kulit kayu, bertiang kayu bulat, atap nipah dan berlantaikan papan. Pada tahun 1954, pihak RIDA telah memberi bantuan membuat sebuah bangunan yang beratapkan zink dan berdindingkan papan telah dibina oleh seorang pemborong Melayu. Pada tahun 1958 pula, sekolah ini telah mendapat bantuan daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur untuk membina sebuah bangunan tambahan.

         Oleh kerana pertambahan bilangan murid, maka pada tahun 1973 sekali lagi penduduk Kampung Sawah Dato’ telah bergotong-royong membina sebuah bangunan tambahan berdinding dan beratap nipah serta berlantaikan simen. Pada tahun yang sama Kerajaan telah membina sebuah bangunan dua tingkat ( blok A ) dan sebuah kantin. Bangunan ini telah dibina oleh seorang pemborong Melayu.



       Pada hari Isnin, 28 Jun 1976 bersamaan 30 Jamadil Akhir 1396 sekolah ini telah
dirasmikan oleh Y.A.B. Dr. Mahathir bin Mohamad, Timbalan Pertana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran pada masa itu.

       Pada tahun 1983 pula, sekolah ini telah mendapat bangunan tambahan ( bangunan pasang siap yang mengandungi 5 buah bilik darjah, 1 bilik perpustakaan, 1 bilik tandas murid lelaki dan 1 tandas murid perempuan. Pada tahun 1987, bangunan pasang siap itu telah digunakan sepenuhnya.

       Pada tahun 1990, Sekolah Kebangsaan Sawah Dato’ telah mendapat peruntukan sebanyak RM50,000 dan telah menyiapkan sebuah bangunan sekolah yang mengandungi 4 buah bilik darjah. Pada tahun 1993, Sekolah Kebangsaan Sawah Dato’ telah melaksanakan dua sesi pengajian iaitu sesi pagi dan sesi petang. Sesi adalah bagi murid tahun 1,3,4,5 dan 6 dan sesi petang bagi murid tahun 2 sahaja. Pada tahun 1994, SK Sawah Dato’telah menambah sesi petang bagi tahun 1 dan 2. Pada 1 Mac 1994 juga SK Sawah Dato’ telah dinaik taraf sekolah gred A.

        Sekolah Kebangsaan Sawah Dato’ terus berkembang dari segi kemudahan fizikalnya. Pada tahun 1999, dua buah bangunan tambahan telah siap dibina dan digunakan sepenuhnya pada tahun tersebut. Dengan kemudahan bangunan dan bilik darjah yang mencukupi, persekolahan satu sesi telah dimulakan pada 1 Jan 2000. Akhir sekali, Sekolah Kebangsaan Sawah Dato' mendapat satu bangunan tambahan empat tingkat yang siap dibina penghujung tahun 2011. Bangunan itu digunakan sepenuhnya pada awal 2012. 


SENARAI GURU BESAR YANG PERNAH BERKHIDMAT DI SK SAWAH DATO'


Tempoh
Nama
1945 – 1946

Tn. Hj. Jaafar bin Hj. Othman
1947 – 1948
En. A. Rahman bin Manaf

1949 – 1950
Tn. Hj. Md. Yusof bin Esa

1951 – 1965

En. Abd. Rahman bin Mohamad
1966 – 1970
Tn. Hj. Ali bin Uda

1970 – 1984
Tn. Hj. Othman bin Abdullah

16.04.1984 – 15.12. 1987

Tn. Sh. Abu Bakar b Sh. Hassan
15.12.1987 – 31.3.1989

En. Omar bin Muhamad
01.04.1989 – 14.09.1989

Pn. Hjh. Zauiah bt. Hj. Arshad
15.09.1989 – 15.02.1991
En. Hamzah bin Mohamad

16.10.1992 – 1994
En. Abdul Rashid bin Hashi

1994 – 28.09. 1998
Tn. Hj. Anuar bin Hj. Fathlal

2.10.1998 – 31.05.2010

Pn. Hjh. Sabihah bt. Hj. Sapuan
01.06.2010 –28.07.2013

Tn. Hj. Shafie bin Yusuf
29.07.2013 – sekarang

                           Pn. Sohaila bt. Abd. Jabbar

This Blog is Protected. Copyright © 2013 Reserved to SK Sawah Dato", Mersing Design By Fauzan Al-yildizlillar