Tuesday, July 30, 2013

SELAMAT DATANG KEPADA PUAN SOHAILA BINTI ABD JABBAR



 SK SAWAH DATO'- Pada 29/7/2013 yang lepas, Puan Sohaila binti Abd. Jabbar telah datang untuk mula bertugas di SK Sawah Dato' sebagai guru besar baru. Beliau bertukar dari SK Tenglu ke sini bagi menggantikan Tuan Hj. Shafie bin Yusof yang telah bertukar ke SK Felda Tenggaroh 3. 

Selamat datang diucapkan kepada Puan Sohaila. Kami warga SK Sawah Dato' mengalu-alukan kedatangan beliau dan mengharapkan kehadiran beliau dapat meningkatkan lagi prestasi murid SK Sawah Dato' dalam semua aspek.




'ILTIZAM KE ARAH KECEMERLANGAN'



Tuesday, July 23, 2013

ENGLISH IN CAMP



SK PONTIAN - Pada 6 Julai 2013 yang lalu SK Pontian dengan kerjasama SK Sawah Dato' telah mengadakan Program English In Camp di SK Pontian. Program ini diuruskan sepenuhnya oleh dua orang English Teaching Assistant (ETA) dari kedua-dua sekolah ini dibantu oleh mentor masing-masing. ETA bagi SK Pontian ialah Miss Amy Katherine Holiday manakala Miss Hannah Lyn Boeck merupakan ETA bagi SK Sawah Dato'. Dengan bertemakan ' Silly Science Camp' sebanyak 60 peserta yang menyertai program ini. Setiap sekolah menghantar 30 orang murid tahun 3 untuk menyertai program ini. Semua aktiviti diadakan secara berkumpulan. Diantara aktiviti yang diadakan ialah constellations, sparky explosion, bubble worm dan bermacam-macam lagi. Diharap semua murid yang terlibat dapat mengambil input-input yang berguna daripada program ini.










'ILTIZAM KE ARAH KECEMERLANGAN'



Thursday, July 11, 2013

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU NORAINI BINTI YUSOF


 


 SK SAWAH DATO' - Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Cikgu Noraini binti Yusof dapat bertukar ke SK Chalil, Gua Musang, Kelantan. Maka pada 9/7/2013 (untuk guru dan kakitangan) dan 11/7/2013 (murid-murid) sekolah telah mengadakan majlis perpisahan untuknya. Tahniah diucapkan kepada Cikgu Noraini kerana berjaya dalam permohonan pertukaran guru sesi Jun 2013. Beliau berjaya balik ke negeri kelahirannya, Kelantan. Kami semua warga SK Sawah Dato' mengucapkan terima kasih atas segala jasa-jasa yang dicurahkan kepada anak-anak didik SKSD.









 'ILTIZAM KE ARAH KECEMERLANGAN'

Tuesday, July 9, 2013

SELAMAT BERPUASA!!!


http://1.bp.blogspot.com/-pAjOhc0jtsw/Ua2VxBfFX9I/AAAAAAAABFs/SkgPTfWo72s/s400/Happy+Ramadan+kareem+2013+1434.jpg 


Sempena Ramadhan menjelang, kami daripada Admin blog ini ingin memohon maaf sekiranya ada entry-entry kami menyinggung perasaan pembaca atau pelawat. Kami dengan ikhlas hati ingin mengucapkan 'Selamat Berpuasa' kepada pelawat-pelawat blog ini. Moga ramadhan kali ini memberi kebekerkatan kepada anda semua.






'ILTIZAM KE ARAH KECEMERLANGAN'

Sunday, July 7, 2013

KEM PONTENSI DIRI 4 DALAM 1 2013










KEM PONTENSI DIRI 4 DALAM 1 2013

SK SAWAH DATO' - Program ini telah dilaksanakan pada 3 Julai 2013 bertempat di Suara's Chalet, Tenglu Laut, Mersing. Program yang mengandungi 4 aktiviti utama iaitu Kem UPSR, Majlis Akujanji, Kem Bestari Solat dan English Camp. Kem ini yang berlangsung selama 2 hari 1 malam yang bertujuan memberi kelainan dan motivasi tambahan kepada murid-murid tahun 6 untuk menghadapi UPSR. Kem yang dianjurkan oleh pihak sekolah ini digerakkan oleh Kaunselor Sekolah iaitu Cik Zahiran Zakaria selaku penyelaras program dengan sokongan penuh PIBG, Guru-guru dan juga Ibubapa. Tuan PPD Mersing, En. Jais bin Samat telah sudi hadir untuk merasmikan program ini, kesempatan yang ada telah digunakan oleh Tuan PPD untuk memberi ucapan motivasi kepada murid-murid dan juga ibubapa yang hadir.


'ILTIZAM KE ARAH KECEMERLANGAN'

Thursday, July 4, 2013

PROGRAM SENAMROBIK 1MALAYSIA 1MURID 1SUKAN

SK SAWAH DATO' - Pada 3 Julai 2013 sekolah telah mengadakan Program Senamrobik 1Malaysia 1Murid 1Sukan. Program ini diadakan secara serentak diseluruh Malaysia. Acara ini merupakan acara tahunan. Aktiviti senamrobik merupakan senaman sesi memanaskan badan yang menarik sebelum melaksanakan aktiviti sukan. Melalui senamrobik, tahap kesediakan untuk melakukan aktiviti daripada intensiti rendah ke tahap intensiti tinggi akan lebih terancang di samping membantu meransang otot dan tubuh badan secara teratur. Semoga aktiviti sebegini dapat meningkatkan kecerdasan badan, minda dan emosi para pelajar agar lebih cemerlang di masa hadapan.










'ILTIZAM KE ARAH KECEMERLANGAN'

Monday, July 1, 2013

PENGISIAN MARKAH PEPERIKSAAN SETENGAH TAHUN DALAM SAPS

Untuk makluman guru-guru matapelajaran,

Oleh kerana SAPS sudah boleh beroperasi dengan sepenuhnya. Maka dengan ini, sila pastikan markah murid anda dalam Peperiksaan Setengah Tahun 2013 siap diisi sebelum 7/7/2013. Semua subjek terlibat dalam Peperiksaan Setengah Tahun.



'ILTIZAM KE ARAH KECEMERLANGAN'
This Blog is Protected. Copyright © 2013 Reserved to SK Sawah Dato", Mersing Design By Fauzan Al-yildizlillar