Friday, February 28, 2014

PERTANDINGAN CATUR MSSD MERSING



Pasukan Permainan Catur 2014

SK SAWAH DATO' - Pertandingan Permainan Catur MSSD Mersing telah dilangsungkan di Dewan SMK Mersing pada hari Ahad 16/2/2014. Pihak sekolah telah menghantar 2 pasukan iaitu lelaki dan perempuan bawah 12 tahun seramai 12 orang. Tahniah kepada Amirul Mahathir dan Abu Hamid kerana masing-masing telah memenangi tempat ke-3 dan ke-6 yang membolehkan mereka mendapat pingat serta mewakili sekolah ke peringkat negeri. Tahniah juga diucapkan kepada pasukan lelaki yang menduduki tempat ke-3 acara berpasukan. Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Hashim bin Hassan dan Cikgu Zahiran binti Zakaria kerana telah melatih pasukan ini serta tidak lupa  kepada Cikgu Azrina binti Ahmad sebagai Pengurus Pasukan.



'ILTIZAM KE ARAH KECEMERLANGAN'

No comments:

Post a Comment

This Blog is Protected. Copyright © 2013 Reserved to SK Sawah Dato", Mersing Design By Fauzan Al-yildizlillar